Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, 8 October 2014

Laporan Program Kesedaran Alam Sekitar

LAPORAN PROGRAM
NAMA PELAJAR:                       Nurhazwani binti Hassim         
PROGRAM:                                  8 PISMP Sains
NAMA SEKOLAH:                      SK Taman Semarak
NAMA PROJEK/AKTIVITI:    Program Kesedaran Alam Sekitar
TEMPOH PELAKSANAAN:      23 & 24 Julai 2014
OBJEKTIF:                     
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektifnya adalah seperti:
1. Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabaran-cabarannya serta 
    melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar.
2. Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari bagaimana untuk mengitar semula.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang isu yang berkaitan dengan 
    kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4. Menggalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.

STRATEGI PELAKSANAAN:
i)             Membuat model jambatan menggunakan bahan terbuang – Semua murid
ii)            Ceramah Kesedaran Alam Sekitar – Penceramah - En. Mohd Iqram b. Ismail (Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam)
iii)           Hari Kitar Semula – Semua murid


LAPORAN:

Program ini melibatkan komuniti sekolah iaitu semua murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ia adalah berkisar tentang usaha dalam memelihara alam sekitar. Selain itu, supaya dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku pada masa kini. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menjalankan Program Alam Sekitar. Di dalam program ini, terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan iaitu Ceramah Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan Membina Model Jambatan Menggunakan Bahan Terbuang  dan Hari Kitar Semula.

Aktiviti yang pertama di dalam program ini adalah Ceramah Kesedaran Alam Sekitar, tajuk ceramah tersebut adalah ‘Pengurusan Sisa Pepejal’. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), En. Mohd Iqram b. Ismail. Ceramah ini diadakan pada 23 Julai 2014. Masa ceramah ini adalah daripada pukul 12.00 tengah dari sehingga 1.30 tengah hari. Ceramah ini mengambil masa satu jam setengah. Semua murid Tahun 5 terlibat dengan ceramah ini. Daripada ceramah yang telah disampaikan, bukan sahaja murid mendapat manfaat, guru turut mendapat pengetahuan tentang cara-cara pengurusan sisa pepejal, tanggungjawab orang awam dalam membantu pengurusan sisa pepejal, undang-undang berkaitan sisa pepejal dan sebagainya. Semua murid memberi tumpuan yang penuh semasa ceramah disampaikan. Selesai sesi ceramah, sesi soal jawab dibuka. Ramai murid berebut-rebut untuk bertanya kepada penceramah. Penceramah juga mengemukakan soalan kepada murid dan cenderahati diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Pada akhir sesi ini, kami telah memberikan cenderahati kepada pihak PPSPPA dan penceramah yang sudi hadir untuk memberikan ceramah ini.





Bagi aktiviti kedua pula adalah Pertandingan Membina Model Jambatan Menggunakan Bahan Terbuang. Pertandingan ini dilaksanakan pada 23 Julai 2014 bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Pertandingan ini dijalankan di makmal sains. Pertandingan ini mendapat banyak sambutan. Murid daripada pelbagai tahun menyertai pertandingan ini. Hadiah diberikan kepada pemenang yang membina model jambatan yang paling stabil, cantik dan kemas. Antara kekuatannya ialah murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam membina model jambatan yang paling stabil dan kukuh. Selain itu, murid mendapat kesedaran dalam menjaga alam sekitar dengan menggunakan bahan terbuang di rumah mereka untuk membina model jambatan. Jika tidak, bahan yang boleh digunakan hanya akan dibuang ke dalam tong sampah. Hal ini akan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan mencemarkan alam sekitar.





Aktiviti ketiga pula adalah Hari Kitar Semula. Aktiviti ini telah mendapat respons yang amat positif daripada murid sekolah ini. Banyak bahan kitar semula yang dikumpul pada Hari Kitar Semula yang dijalankan ini. Menurut Nor Azan Fitri (2014), program kitar semula ini dapat menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Ini dapat dibuktikan apabila kami sendiri menjalankan program seperti ini di SK Taman Semarak ini. Program tersebut dapat memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga bumi dengan menjadikan kebersihan sebagai aspek utama selain menyemai semangat untuk mengurangkan penghasilan jumlah sisa pepejal melalui amalan kitar semula. Aktiviti ini diteruskan dengan menimbang bahan kitar semula sebelum barangan kitar semula itu dijual kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Pihak PPSPPA telah datang ke SK Taman Semarak bagi mengutip bahan yang telah dikumpul dan dijual kepada pihak mereka. Wang hasil jualan barangan kitar semula telah dimasukkan ke dalam akaun Panitia Sains bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sains pada masa akan datang.


Guru pelatih dan guru SK Taman Semarak ini juga telah bekerjasama dan berganding bahu untuk merealisasikan program ini. AJK bagi setiap tugas telah dilantik seperti AJK Dokumentasi, Pengacaraan Majlis, Dokumentasi, Hadiah dan Cenderamata, Kawalan Murid dan lain-lain lagi. AJK sangat komited dan menjalankan tugas dengan baik. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang baik dari pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) daerah Nilai. Selain itu, program ini juga berjalan lancar dan mengikut peruntukan masa serta tentatif program yang ditetapkan.

KESIMPULAN:

Program ini memberikan banyak manfaat kepada murid kerana mereka dapat mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, murid dapat mengaplikasikan apa yang telah disampaikan semasa ceramah dalam kehidupan seharian seterusnya menjadi masyarakat yang menghargai, memelihara dan memulihara alam sekitar dengan sebaiknya. Anugerah alam sekitar yang diberikan oleh Allah s.w.t perlu digunakan dengan penuh berhikmah dan bukannya merosakkan nikmat kebaikan alam sekitar yang diberikan. 

2 comments:

  1. youtube_vidc - Videoslnc.cc
    youtube_vidc is a free convert youtube to mp3 online video game. Watch free ht ftp movies on YouTube and enjoy the most popular videoslnc.cc.

    ReplyDelete
  2. POCA CASINO in Mexico | POCA NAMA NAMA NAMA NAMA
    At POCA 강원 랜드 여자 노숙자 NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA 뱃 플릭스 NAMA NAMA NAMA NAMA 안전바카라 NAMA NAMA NAMA 슬롯 머신 NAMA NAMA NAMA NAMA 블랙잭 NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA NAMA

    ReplyDelete